Wednesday, September 30, 2009

Apa itu Consumer?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Haha..Apa makna consumer? Consumer juga dikenali sebagai Pengguna atau juga Pembeli. Kekadang tu ada juga dikenali sebagai Konsumer. Consumer ini maksudnya adalah sesiapa yang mencari maklumat tentang barangan, membeli, menggunakan, menilai dan membuang sesuatu barangan atau produk.Consumer juga ada dua jenis samada consumer persendirian ataupun consumer untuk organisasi. Consumer persendirian adalah consumer yang membeli barangan/produk untuk keperluan sendiri and consumer organisasi pula adalah consumer yang membeli barangan untuk penggunaan organisasi itu sendiri.
Sebagai pengguna atau Consumer, ramai dari kalangan kita tak dapat lari daripada ditipu/dimain oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Jadi, ingin CB maklumkan yang Consumer atau Pengguna juga mempunyai hak-hak tertentu yang mana akan membela atau memperjuangkan hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang agak kurang ajar itu. Consumer yang teraniaya itu boleh membuat laporan kepada pusat-pusat pengguna contohnya seperti Pusat khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). NCCC ini bertujuan untuk menjadi pusat aduan setempat dan sebagai pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian. NCCC ini boleh dihubungi seperti dibawah:

PUSAT KHIDMAT ADUAN MALAYSIA (NCCC)

No. 1D, Bangunan SKPPK,
Jalan SS9A/17 47300,
Petaling Jaya Selangor.
email:nccc@nccc.org.my
Office no:+(603) - 7877 9000 / 7874 8096
Fax No:+(603) - 7874 8097
website: http://nccc.org.my/
So, dengan maklumat di atas ini, CB harap semua para bloger/reader jadi seorang yang celik pengguna (bukan celik IT jer). CB harap para blogger/reader sekalian dapat menggunakan sepenuhnya khidmat NCCC ini. Bukan CB nak ajar reader/blogger sekalian supaya tidak memberikan peluang kepada peniaga tersebut tetapi kadang-kala memang ada peniaga yang sememangnya niatnya nak menipu kita. Jadi, ambil dan simpan contact number NCCC ni, yela manalah tahu sampai masa kita perlukannya.
Terima kasih, Jumpa lagi
Sekian,
"Consumer Bijak"

Monday, September 28, 2009

Perbandingan Harga di Carrefour, Giant, Jusco, Mydin dan Tesco

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hi bloggers!!! So, kali ni CB nak share finding CB on price comparison bagi harga ayam, daging (local), udang putih dan beras (tapi terhad untuk jenis tertentula yer). Semua harga barangan ni di bandingkan dengan harga yang terdapat di Carrefour (Subang), Giant (USJ), Jusco (Sunway), Mydin (USJ) dan Tesco (Shah Alam). So, untuk makluman blogger semua, harga juga turut berbeza bergantung pada kawasan yer..

So, berikut adalah senarai barangan mengikut hypermarket (berdasarkan harga pasaran pada 28 Sept 2009):

So seperti yang anda dapat lihat,Tesco dapat menawarkan semua barangan dan Mydin pula 7 daripada 11 barangan dalam perbandingan kali ini (Mydin tidak menawarkan beras cap rambutan dan smart saving). Dari segi harga seekor ayam (tiada kaki dan kepala), Jusco (sunway) menawarkan harga terendah. Harga seekor ayam (kepala & kaki) terendah pula adalah Giant (USJ). Mydin pula menawarkan harga daging lembu tempatan terendah manakala Carrefour, Giant dan Tesco menawarkan harga terendah yang sama untuk udang putih.

So, setakat ini dulu analysis untuk perbandingan harga kali ini. Untuk makluman semua, ini adalah perbandingan pertama saya untuk semua. CB harap para blogger sekalian dapat manfaat dan kebaikan daripada analysis CB ini.

Terima Kasih, sehingga bertemu lagi..

Sekian,
"Consumer Bijak"

"Hello Consumer Bijak"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini iaitu pada tarikh 28 Sept 2009 (Isnin) bermulalah episod CB menjadi seorang Blogger yang sah. CB sebenarnya sudah lama mengikuti dunia Blog ini cuma baru-baru ini saja baru CB mendapat idea baru dan ingin berkongsi ilmu/pengetahuan dalam menjadi seorang consumer yang bijak.

Matlamat CB untuk membina blog ini adalah bertujuan untuk memberikan suatu "value" kepada para blogger sekalian yang mana CB rasa (maaf yer kalau tak betul fakta ni!!) belum ada blog yang betul-betul dapat memberikan ilmu atau pengetahuan untuk menjadi seorang Consumer yang Bijak berbelanja dan dapat berjimat dalam pada masa yang sama. Maksud CB ialah selain CB akan berkongsi pengetahuan tentang cara-cara untuk berbelanja, CB juga akan memaparkan analysis yang CB buat untuk harga-harga barangan yang mana dapat menunjukkan tawaran harga yang terbaik untuk pembeli. Para blogger sekalian bolehlah ambil/copy/download analysis CB ini dan gunakan untuk kebaikan ataupun manfaat sendiri. Semuanya free-of-charge (foc) yer.

CB juga berharap blogger semua boleh mendapat manfaat daripada apa yang akan CB papar atau bongkarkan kerana CB juga mahu kita semua menjadi seorang Consumer yang Bijak dalam berbelanja dan dapat berjimat cermat dalam pada masa yang sama.

Terima Kasih, sehingga bertemu lagi,

Sekian,
"Consumer Bijak"