Wednesday, September 30, 2009

Apa itu Consumer?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Haha..Apa makna consumer? Consumer juga dikenali sebagai Pengguna atau juga Pembeli. Kekadang tu ada juga dikenali sebagai Konsumer. Consumer ini maksudnya adalah sesiapa yang mencari maklumat tentang barangan, membeli, menggunakan, menilai dan membuang sesuatu barangan atau produk.Consumer juga ada dua jenis samada consumer persendirian ataupun consumer untuk organisasi. Consumer persendirian adalah consumer yang membeli barangan/produk untuk keperluan sendiri and consumer organisasi pula adalah consumer yang membeli barangan untuk penggunaan organisasi itu sendiri.
Sebagai pengguna atau Consumer, ramai dari kalangan kita tak dapat lari daripada ditipu/dimain oleh peniaga yang tidak bertanggungjawab. Jadi, ingin CB maklumkan yang Consumer atau Pengguna juga mempunyai hak-hak tertentu yang mana akan membela atau memperjuangkan hak pengguna daripada ditipu oleh peniaga yang agak kurang ajar itu. Consumer yang teraniaya itu boleh membuat laporan kepada pusat-pusat pengguna contohnya seperti Pusat khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC). NCCC ini bertujuan untuk menjadi pusat aduan setempat dan sebagai pengantara mempertemukan pengguna dan peniaga untuk menyelesaikan pertikaian. NCCC ini boleh dihubungi seperti dibawah:

PUSAT KHIDMAT ADUAN MALAYSIA (NCCC)

No. 1D, Bangunan SKPPK,
Jalan SS9A/17 47300,
Petaling Jaya Selangor.
email:nccc@nccc.org.my
Office no:+(603) - 7877 9000 / 7874 8096
Fax No:+(603) - 7874 8097
website: http://nccc.org.my/
So, dengan maklumat di atas ini, CB harap semua para bloger/reader jadi seorang yang celik pengguna (bukan celik IT jer). CB harap para blogger/reader sekalian dapat menggunakan sepenuhnya khidmat NCCC ini. Bukan CB nak ajar reader/blogger sekalian supaya tidak memberikan peluang kepada peniaga tersebut tetapi kadang-kala memang ada peniaga yang sememangnya niatnya nak menipu kita. Jadi, ambil dan simpan contact number NCCC ni, yela manalah tahu sampai masa kita perlukannya.
Terima kasih, Jumpa lagi
Sekian,
"Consumer Bijak"

1 comment:

  1. saya nak complaint ... boleh kasii contohh surat tak ... hehehe

    ReplyDelete