Monday, September 28, 2009

"Hello Consumer Bijak"

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Hari ini iaitu pada tarikh 28 Sept 2009 (Isnin) bermulalah episod CB menjadi seorang Blogger yang sah. CB sebenarnya sudah lama mengikuti dunia Blog ini cuma baru-baru ini saja baru CB mendapat idea baru dan ingin berkongsi ilmu/pengetahuan dalam menjadi seorang consumer yang bijak.

Matlamat CB untuk membina blog ini adalah bertujuan untuk memberikan suatu "value" kepada para blogger sekalian yang mana CB rasa (maaf yer kalau tak betul fakta ni!!) belum ada blog yang betul-betul dapat memberikan ilmu atau pengetahuan untuk menjadi seorang Consumer yang Bijak berbelanja dan dapat berjimat dalam pada masa yang sama. Maksud CB ialah selain CB akan berkongsi pengetahuan tentang cara-cara untuk berbelanja, CB juga akan memaparkan analysis yang CB buat untuk harga-harga barangan yang mana dapat menunjukkan tawaran harga yang terbaik untuk pembeli. Para blogger sekalian bolehlah ambil/copy/download analysis CB ini dan gunakan untuk kebaikan ataupun manfaat sendiri. Semuanya free-of-charge (foc) yer.

CB juga berharap blogger semua boleh mendapat manfaat daripada apa yang akan CB papar atau bongkarkan kerana CB juga mahu kita semua menjadi seorang Consumer yang Bijak dalam berbelanja dan dapat berjimat cermat dalam pada masa yang sama.

Terima Kasih, sehingga bertemu lagi,

Sekian,
"Consumer Bijak"

No comments:

Post a Comment